SPRM tahan enam anggota polis disyaki minta, terima rasuah RM12,000

Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk perintah reman.
Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk perintah reman.
A
A
A

KUANTAN - Enam anggota polis direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan wang sebanyak RM12,000, yang didakwa diterima sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki air ketum.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Khamisah Ismail selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh, pada Khamis.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam, Rabu, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh.

Berdasarkan laporan, keenam-enam suspek dipercayai terlibat dalam penahanan lima individu dalam satu operasi berkaitan pemilikan air ketum di sekitar daerah Temerloh pada Mei lalu.

Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis.
Salah seorang suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis.

Salah seorang suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!