Dua lagi anggota polis disyaki terima rasuah lindungi aktiviti perjudian direman

Kedua-dua suspek dibawa anggota SPRM selepas mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis. Foto SPRM Johor
Kedua-dua suspek dibawa anggota SPRM selepas mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis. Foto SPRM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU – Dua lagi anggota polis direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan wang berjumlah kira-kira RM635,000.

Perintah reman hingga 5 Ogos itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Chai Ing Hien selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, pada pagi Khamis.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor pada Rabu. 

Difahamkan, mereka disyaki meminta dan menerima wang tersebut daripada seorang individu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas kegiatan perjudian.

“Tangkapan ini adalah susulan penahanan dua anggota polis semalam yang turut membabitkan nilai rasuah sama.

“Setakat ini, empat suspek telah ditahan berkaitan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!