RMK13: Dana Padanan, Dana Produksi galak karya bertaraf global

RMK13 perkenal Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama untuk galak pelaburan kandungan global, dengan tumpuan kepada pembangunan bakat industri kreatif digital melalui program animasi, permainan dan latihan profesional. - Gambar hiasan
RMK13 perkenal Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama untuk galak pelaburan kandungan global, dengan tumpuan kepada pembangunan bakat industri kreatif digital melalui program animasi, permainan dan latihan profesional. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menggalakkan pelaburan bersama antara kerajaan dan sektor swasta dalam penghasilan kandungan bertaraf global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited memacu pertumbuhan ekonomi jingga melalui industri kreatif digital yang berpotensi tinggi.

"Industri kreatif digital negara telah menjana pendapatan berjumlah RM6.3 bilion, dengan nilai eksport mencecah RM850juta.

"Animasi Mechamato, Upin Ipin misalnya, telah menjadi bualan di arena antarabangsa.

"Permainan digital Giga Bash yang dibangunkan oleh anak tempatan juga memenangi anugerah Best in Play Winner di Game Developers Conference," katanya.

Sehubungan itu tambah beliau, bagi memanfaatkan potensi industri tersebut, pembangunan bakat akan diperkukuh menerusi program industry bridging, peluasan inisiatif Train the Trainer serta pelaksanaan Junior Animator Apprenticeship.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, pada Khamis.

RMK13 merupakan satu hala tuju yang bakal memacu rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!