‘Pembelian panik’ bekalan ganja di Belanda

Kebanyakan pengguna sanggup beratur panjang demi untuk mendapatkan bekalan ganja di beberapa bandar di Belanda kelmarin. - FOTO: AFP
Kebanyakan pengguna sanggup beratur panjang demi untuk mendapatkan bekalan ganja di beberapa bandar di Belanda kelmarin. - FOTO: AFP
A
A
A

AMSTERDAM - Pengguna ganja di Belanda dilaporkan bergegas mendapatkan bekalan mereka selepas ‘kedai kopi’ terkenal di negara itu diarah tutup atas kebimbangan penularan koronavirus (Covid-19), menurut laporan akhbar Daily Mail.

Semalam, kebanyakan mereka dilihat sanggup beratur panjang di Amsterdam, Eindhoven dan The Hague semata-mata mahu memperoleh bekalan marijuana digelar Doctor, Bubble dan Purple Haze tersebut kerana bimbang jika langkah kuarantin dilaksanakan.

Pembelian panik luar biasa itu berlaku beberapa minit selepas Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan mengumumkan penutupan kebanyakan premis perniagaan dan sekolah di seluruh negara.

“Mungkin kami tidak dapat memperoleh bekalan untuk tempoh dua bulan akan datang kerana tempoh kuarantin yang panjang,” kata seorang pembeli di The Hague.

Ganja secara teknikal adalah bahan terlarang di Belanda, namun ia boleh dimiliki kurang daripada lima gram di bawah dasar ‘toleransi’ yang diperkenalkan pada 1976.

Perdana Menteri, Mark Rutte hari ini memaklumkan sebanyak 20 kematian dan 1,135 kes jangkitan direkodkan di negara tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: