Arab Saudi letak syarat, utamakan penubuhan negara Palestin, henti perang Gaza

NEW YORK - "Arab Saudi tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel melainkan sebuah negara Palestin ditubuhkan dan perang genosid di Gaza ditamatkan".
Kenyataan tegas tanpa kompromi itu dibuat Menteri Luar, Putera Faisal Farhan pada Isnin yang menandakan pendirian paling jelas Riyadh ketika negara antarabangsa terus menggesa penyelesaian dua negara terhadap konflik Palestin-Israel.
"Saudi sedia berdialog bersama Tel Aviv hanya jika negara Palestin yang merdeka diwujudkan. Rundingan itu tidak akan berlangsung jika kemusnahan dan penderitaan berterusan di Gaza," ujarnya ketika sidang media bersama Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot di New York susulan persidangan antarabangsa peringkat tertinggi mengenai penyelesaian dua negara tersebut yang dipengerusikan Riyadh dan Paris.
Beberapa hari sebelum persidangan itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan beliau akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi pada September depan dan Luxembourg dijangka mengikut jejak langkah itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

