Danau Lumayan tawar 3,438 rumah mampu milik di Residensi Wilayah Aman Lumayan

Danau Lumayan Sdn Bhd akan membangunkan 3,438 unit kediaman mampu milik di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dekat sini.
Danau Lumayan Sdn Bhd akan membangunkan 3,438 unit kediaman mampu milik di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dekat sini.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Syarikat pemaju perumahan, Danau Lumayan Sdn Bhd akan membangunkan 3,438 unit kediaman mampu milik di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dekat sini.

Pengarah Urusannya, Shahril Reza Shaheen berkata, projek perumahan mampu milik yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.01 bilion itu dikenali sebagai Residensi Wilayah Aman Lumayan.

Jelasnya, projek perumahan tersebut meliputi tiga fasa itu, iaitu Fasa 1, Fasa 2A dan Fasa 2B akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Danau Lumayan Sdn Bhd akan membangunkan 3,438 unit kediaman mampu milik di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Danau Lumayan Sdn Bhd akan membangunkan 3,438 unit kediaman mampu milik di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

"Projek ini dimulakan dengan pembangunan di Fasa 2B dan ketika ini kerja-kerja awalan tapak sudah pun siap. Di fasa ini, kita bangunkan Residensi Wilayah setinggi 55 tingkat dan setiap tingkat mempunyai 26 unit.

"Menariknya bagi projek terbaharu ini, kita memperkenalkan konsep bangunan berbentuk 'Y' yang mana setiap pemilk akan mempunyai 'view' masing-masing dan tidak lagi mengadap antara satu sama lain,"katanya pada sidang akhbar di Cheras hari ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Shahril Reza yang juga anak kepada ‘Iron Lady’ Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid berkata, bagi Fasa 2A, ia akan dibangunkan dengan 50 tingkat, manakala bagi Fasa 1 setinggi 43 tingkat dan harga bagi semua unit adalah RM300,000.

Lebih istimewa katanya, projek tersebut berdekatan dengan cadangan jajaran Laluan Lingkaran (MRT3) Stesen Sri Permaisuri iaitu kurang dari 500 meter.

No Image Caption

"Jadi pembeli unit kediaman ini tidak perlu risau tentang masalah parkir kerana mereka boleh menggunakan kemudahan awam yang ada berhampiran kawasan sekitar ini.

"Selain itu, banyak kemudahan lain berhampiran kawasan ini seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Stadium Cheras, balai polis dan serta tempat riadah seperti Taman Tasik Permaisuri," ujarnya.

Antara kemudahan lain yang terdapat di residensi itu termasuklah kolam renang serta kolam mandi untuk kanak-kanak ala taman tema, dewan, surau serta kawalan keselamatan 24 jam serta surau.

No Image Caption

"Untuk projek ini juga kita turut menyediakan kira-kira 18 buah gerai penjaja Madani khusus kepada usahawan untuk berniaga di kawasan ini. Ia juga adalah salah satu insiatif terbaharu yang diperkenalkan pihak kerajaan untuk perumahan mampu milik," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!