Pindaan RUU Kehadiran Wajib tiada kaitan dengan tahanan rumah – KDN

Dr Shamsul Anuar
Dr Shamsul Anuar
A
A
A

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025 tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pelaksanaan tahanan di rumah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan bahawa kedua-dua pelaksanaan tersebut adalah berbeza sepenuhnya.

“Adakah itu (RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) ada kaitan dengan tahanan rumah? Jawapannya, tiada kaitan langsung dengan Akta Tahanan Rumah. Ini sangat berbeza.

“Itu jawapan yang berhormat inginkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Pindaan itu bertujuan meluaskan skop Perintah Kehadiran Wajib (PKW) kepada pesalah yang dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, berbanding had tiga tahun sebelum ini.

PKW merupakan satu perintah mahkamah yang membenarkan pesalah yang telah disabitkan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara, untuk menjalani kerja wajib sebagai alternatif kepada hukuman tersebut.

Sementara itu, Hassan Abdul Karim (PH–Pasir Gudang) dalam sesi perbahasan membangkitkan persoalan sama ada pindaan yang dicadangkan itu bertujuan membuka ruang kepada pelaksanaan tahanan di rumah sebagai alternatif kepada hukuman penjara.

Beliau turut meminta penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung niat sebenar di sebalik usaha meminda RUU berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!