Petugas keselamatan jalan tanggungjawab dengan profesional - Saifuddin

Saifuddin Nasution beramah mesra bersama sebahagian anggota Rela selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Rela Ke-53 di Dataran Kulim pada Ahad. Foto Bernama
Saifuddin Nasution beramah mesra bersama sebahagian anggota Rela selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Rela Ke-53 di Dataran Kulim pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KULIM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati dengan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan anjuran pembangkang yang dihadiri kira-kira 18,000 peserta di ibu negara pada Sabtu.

Beliau berkata, anggota serta pegawai keselamatan telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan profesional, sekali gus menterjemahkan komitmen kerajaan dalam menjamin kebebasan bersuara rakyat.

"Saya dapati kerajaan telah benar-benar menterjemahkan komitmen secara terang-terangan, jaminan keamanan dan ketenteraman juga terbukti dapat kita berikan.

"Sehingga kini, belum ada apa-apa aduan (sepanjang perhimpunan). Ini bukti yang paling nyata Kerajaan Madani menjamin kebebasan berhimpun yang dijamin dalam Perlembagaan untuk dinikmati oleh rakyat sudah pun terbukti kita laksanakan,” katanya selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Dataran Kulim di sini pada Ahad.

Saifuddin Nasution berkata, selepas ini terpulang kepada pihak pembangkang sama ada mahu terus membuat tuntutan terhadap kerajaan melalui penganjuran perhimpunan atau sebaliknya.

"Mereka ada pilihan, nak berhimpun setiap minggu atau nak fokus kepada tugas mereka? Apa tanggungjawab mereka sebagai blok pembangkang? Kalau tak setuju dasar kerajaan dalam soal ekonomi, soal kebajikan, dia (pembangkang) mesti tunjukkan dasar (yang mereka nak buat).

"… jadi, bentangkan kepada rakyat, apa dasar kebajikan mereka? Supaya rakyat boleh nilai... Biar rakyat buat perbandingan,” katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!