Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) merentasi Sungai Muar pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, Muar hari ini.
Sebanyak 59 bot nelayan yang dikemudi oleh komuniti perikanan tempatan, dua bot milik Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (tiga unit), polis marin (dua unit) dihiasi Jalur Gemilang dengan keseluruhan 172 peserta yang terlibat.
Kehadiran mereka memeriahkan suasana sambutan sekali gus menjadi simbol sokongan masyarakat luar bandar dan pesisir pantai terhadap semangat kemerdekaan negara. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
