Burung unta, kambing pygmy tarikan utama Karnival Siang Malam Karangkraf

Muhammad Zarif Zalisyam teruja melihat kambing pygmi di Karvival Siang Malam Karangkraf di Shah Alam pada Sabtu.
Muhammad Zarif Zalisyam teruja melihat kambing pygmi di Karvival Siang Malam Karangkraf di Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM – Keunikan petting zoo yang menampilkan haiwan-haiwan jarang ditemui seperti burung unta, kambing pygmy dan kura-kura sulcata berjaya menggamit kehadiran pengunjung sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 di sini pada Sabtu.

Lokasi petting zoo yang terletak berhampiran kawasan utama tapak karnival itu menjadi antara tarikan paling popular dalam kalangan pengunjung, khususnya keluarga bersama anak kecil yang mahu merasai pengalaman interaktif bersama haiwan jinak.

Dengan hanya bermodalkan RM9, pengunjung dapat menikmati pengalaman unik memberi makan kepada haiwan-haiwan comel dan berbulu itu sambil berpeluang bergambar kenangan bersama keluarga tercinta.

M Shaun bergambar bersama burung unta.
M Shaun bergambar bersama burung unta.

Bagi anda yang ingin memberi makan burung unta secara khusus, bayaran sebanyak RM2 sahaja dikenakan.

Pengunjung, Lily Shezlina Shaari, 36, berkata, pameran Petting Zoo itu memberi peluang kepada anaknya, Nur Aisyah Humaira Mohd Zaini, 7, untuk mendekati haiwan secara lebih dekat dan belajar menghargai alam sekitar dengan cara menyeronokkan.

Pengunjung seronok dapat memegang ular jenis sunkissed hypo di petting zoo Karnival Siang Malam Karangkraf.
Pengunjung seronok dapat memegang ular jenis sunkissed hypo di petting zoo Karnival Siang Malam Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Lokasi Petting Zoo yang berada di Karnival Siang Malam Karangkraf.
Lokasi Petting Zoo yang berada di Karnival Siang Malam Karangkraf.

“Anak saya memang suka dengan haiwan. Bila nampak ada Petting Zoo di karnival ini, anak tak sabar mengajak saya untuk masuk sini. Seronok betul bila dapat pegang dan beri makan kambing pygmy.

"Selain itu, kehadiran haiwan-haiwan seperti ini dapat memberi pengajaran kepada anak. Anak bertanya kenapa kambing tersebut kecil? Kenapa kura-kura itu nampak lain? Lebih menggembirakan, pekerja Petting Zoo berkenaan sangat mesra untuk memberikan maklumat,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain kanak-kanak, remaja dan orang dewasa juga teruja melihat haiwan-haiwan tersebut dari dekat, sekali gus mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

Nur Aisyah Humaira Mohd Zaini seronok dapat memberi makan kepada kambing pygmy.
Nur Aisyah Humaira Mohd Zaini seronok dapat memberi makan kepada kambing pygmy.

Seorang lagi pengunjung, Muhammad Zarif Zalisyam, 22, berkata, peluang melihat haiwan jarang ditemui di depan mata seperti kambing pygmy di Petting Zoo memberi keterujaan kepada dirinya.

“Saya pencinta haiwan dan suka melihat haiwan yang jarang ditemui seperti ular, burung unta dan kambing seperti ini.

"Kalau pergi zoo di luar sana pun, pertama sekali yang saya akan cari adalah Petting Zoo kerana saya suka aktiviti interaktif seperti ini,” kata pelajar jurusan kreatif visual ini.

Petting Zoo ini dibuka kepada orang ramai pada jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada Sabtu, manakala waktu operasi pada Ahad adalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang sahaja.

Pengunjung kanak-kanak melepaskan peluang melihat sendiri kambing pygmy yang terdapat di Petting Zoo.
Pengunjung kanak-kanak melepaskan peluang melihat sendiri kambing pygmy yang terdapat di Petting Zoo.

Sementara itu, Pengurus Besar Makkau Reptile Petting Zoo, M Shaun berkata, sambutan yang diterima daripada para pengunjung amat menggalakkan.

“Datanglah beramai-ramai ke petting zoo ini kerana kami mahu memberikan semua pengunjung peluang untuk beri makan haiwan dengan harga murah selain merasai sendiri pengalaman berinteraksi secara fizikal.

Salah seorang pengunjung cilik teruja memberi makan kura-kura sulcata.
Salah seorang pengunjung cilik teruja memberi makan kura-kura sulcata.

“Amat mengejutkan kerana pengunjung sangat suka melihat kecomelan kambing yang bersaiz kecil ini. Di sini juga terdapat jualan haiwan peliharaan seperti ikan dan ular sunkissed hypo pada harga mampu milik,” ujarnya.

Selain pameran petting zoo, pelbagai aktiviti lain turut disediakan sepanjang karnival ini termasuk pasar Saloma, persembahan pentas, rumah hantu, go-kart, pelbagai jenis permainan serta cabutan bertuah.

Antara pengunjung cilik yang berminat membeli ikan peliharaan.
Antara pengunjung cilik yang berminat membeli ikan peliharaan.

Ahad merupakan hari terakhir Karnival Siang Malam Karangkraf dan orang ramai dijemput hadir untuk menikmati suasana karnival yang meriah dan penuh dengan aktiviti bermanfaat untuk seisi keluarga.

Seorang pengunjung teruja dapat bermain dan bergambar dengan ular yang jinak.
Seorang pengunjung teruja dapat bermain dan bergambar dengan ular yang jinak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!