18 maut, 24 cedera bas terjunam ke gaung

Sekurang-kurangnya 18 maut dan 24 cedera apabila sebuah bas dua tingkat terjunam ke gaung di wilayah Junin, Peru. Foto hiasan
Sekurang-kurangnya 18 maut dan 24 cedera apabila sebuah bas dua tingkat terjunam ke gaung di wilayah Junin, Peru. Foto hiasan
A
A
A

LIMA - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Junin, Peru, lapor Xinhua yang memetik media tempatan La Republica pada Jumaat.

Kejadian berlaku apabila sebuah bas dua tingkat milik syarikat 'Expreso Molina Líder Internacional' terjunam ke dalam gaung di lebuh raya tengah berhampiran daerah Talca, wilayah Tarma.

Anggota Jabatan Bomba Tarma, pihak polis serta pasukan kesihatan segera ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa, sebahagian daripada mereka dilaporkan terperangkap di antara besi kenderaan yang remuk, menurut siaran televisyen kerajaan TV Peru.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke Hospital Felix Mayorca di Tarma, manakala pihak polis menutup kawasan kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, namun dipercayai kenderaan itu dipandu laju. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!