Lelaki maut, rakan cedera pikap jatuh gaung

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Kluang
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Kluang
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki maut sementara rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terjatuh dalam gaung di Kilometer 56, Jalan Yong Peng-Kluang di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.35 pagi ketika kedua-dua mangsa, Ong Yong Sheng, 53, dan Ghee Keng Yang, 53, yang menaiki pikap jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari Paloh ke Kluang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pikap berkenaan  hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar batu di bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung setinggi kira-kira 10 meter dari atas jalan.

“Akibat kejadian itu, Yong Seng yang duduk di kerusi penumpang hadapan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan.

“Pemandu,Keng Yang yang mengalami kecederaan di bahagian dada, kini masih mendapatkan rawatan sebuah hospital swasta di Kluang,” katanya melalui satu kenyataan.

Keadaan pikap berkenaan. Foto BBP Kluang
Keadaan pikap berkenaan. Foto BBP Kluang

Tambah Bahrin, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penguasa Bomba Kanan I Shamsul Amri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.26 tengah hari.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan lapan anggota bomba dihantar ke lokasi.

"Setibanya ke lokasi didapati mangsa sudah meninggal dunia di tempat duduk penumpang dan anggota mayat dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Pemandu pikap yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 1.02 petang," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!