Jalan kaki bawa ganja RM582,930 lintas sempadan, tiga warga India ditahan

Suspek disyaki bertindak sebagai kurier membawa dadah yang dipercayai dibekalkan oleh sindiket dari negara jiran untuk dihantar ke pihak pengedar lain di Kuala Lumpur.
Suspek disyaki bertindak sebagai kurier membawa dadah yang dipercayai dibekalkan oleh sindiket dari negara jiran untuk dihantar ke pihak pengedar lain di Kuala Lumpur.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Muslihat tiga warganegara India melintasi sempadan negara dengan berjalan kaki terbongkar setelah pihak berkuasa menemui dadah dalam bungkusan makanan ringan yang dibawa.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, suspek berusia antara 29 hingga 53 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Kompeni A, Batalion 2 PGA Kulim dalam Op Taring Wawasan Kedah/Perlis.

“Kita telah menahan tiga lelaki warganegara India dalam keadaan mencurigakan ketika berjalan kaki dari arah Thailand dan cuba memasuki Malaysia melalui pintu sempadan berhampiran Sekatan Jalan Raya KM 1.1 arah Selatan, ICQS Bukit Kayu Hitam dengan membawa beg galas dan beg roda.

“Hasil pemeriksaan menjumpai dadah jenis bunga ganja yang disembunyikan dalam dua beg roda dan dua beg galas yang dibawa oleh ketiga-tiga suspek tersebut,” katanya.

Muslihat suspek terbongkar setelah pemeriksaan dibuat menemui dadah dalam bungkusan makanan ringan yang dibawa.
Muslihat suspek terbongkar setelah pemeriksaan dibuat menemui dadah dalam bungkusan makanan ringan yang dibawa.

Menurut Shahrum, semasa pemeriksaan pihaknya menemui beberapa plastik lutsinar dan bungkusan makanan ringan yang mengandungi bunga ganja dengan anggaran berat 19.4 kilogram bernilai RM582,930 serta wang tunai 600 baht (RM80).

"Hasil soal siasat, suspek disyaki bertindak sebagai kurier membawa dadah berkenaan yang dipercayai dibekalkan oleh sindiket dari negara jiran untuk dihantar ke pihak pengedar lain di Kuala Lumpur," katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan baki sindiket yang menjalankan kegiatan penyeludupan dadah sekitar kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Bungkusan makanan ringan yang dikesan mengandungi dadah.
Bungkusan makanan ringan yang dikesan mengandungi dadah.

"Suspek ditahan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup," katanya.

Sebelum ini, PGA turut menggagalkan cubaan penyeludupan ganja bernilai RM690,000 dalam satu guni seberat 23 kilogram di Padang Besar, Perlis, dalam kejadian jam 5 pagi Isnin lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!