PTPTN kukuhkan budaya menabung

Sekitar Karnival Hari Kantin Sinar Bestari X PTPTN yang berlangsung sebelum ini.
Sekitar Karnival Hari Kantin Sinar Bestari X PTPTN yang berlangsung sebelum ini.
A
A
A

Perbadanan Tabung  Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi  penabungan pendidikan melalui  Karnival Hari Kantin Sinar  Bestari X PTPTN 2025 bermula  hari ini di Dataran Karangkraf,  Shah Alam, Selangor.

Ketua Eksekutif PTPTN,  Ahmad Dasuki Abdul Majid  berkata, karnival bertemakan  ‘Khemah Sakan, Kantin Bestari!’  itu memberi fokus kepada  pembentukan generasi celik  kewangan dalam kalangan  pelajar sekolah.

AHMAD DASUKI
AHMAD DASUKI

“Karnival tersebut sebagai  pendekatan strategik dan segar  untuk mendekatkan agensi  kerajaan dengan komuniti dan  pada masa sama, menyemai  amalan perancangan kewangan  secara santai serta mesra  komuniti.  

“Objektif utama program ini  adalah untuk memupuk  semangat keusahawanan di  samping memberi pendedahan  awal mengenai celik kewangan kepada para  pelajar,” katanya  menerusi satu  kenyataan.

Poster promosi Hari Kantin yang berlangsung di Dataran Karangkraf.
Poster promosi Hari Kantin yang berlangsung di Dataran Karangkraf.

Ujar Ahmad  Dasuki, pihaknya  melihat kolaborasi  bersama Sinar  Harian menerusi  jenama pendidikan  Sinar Bestari  sebagai satu  platform berimpak  tinggi untuk  memperluas capaian kepada  golongan sasaran, khususnya  pelajar dan ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

 “Pendekatan kreatif Sinar  Bestari selari dengan usaha  PTPTN memartabatkan budaya  menabung sejak awal usia demi  memastikan generasi akan  datang mempunyai dana  pendidikan yang mencukupi dan  tidak bergantung sepenuhnya  kepada pinjaman.

“Budaya menabung bermula  usia muda adalah langkah bijak  dan Simpan SSPN merupakan  instrumen terbaik yang  ditawarkan kepada masyarakat untuk tujuan ini,”  tambahnya.

Menurut Ahmad  Dasuki, Hari Kantin  Sinar Bestari X  PTPTN 2025  memberi kesan  positif dalam  m e m p e r k u k u h  jenama PTPTN  sebagai tabung  pendidikan utama  negara.  Ia bukan sahaja  menjadi medan penting dalam  menyebarluaskan maklumat  mengenai manfaat penabungan  pendidikan, malah mendidik  pelajar mengenai nilai  pengurusan kewangan dan  keusahawanan.

“Bagi pelajar, karnival ini  bukan sahaja menyeronokkan  tetapi turut melatih kemahiran  komunikasi, kerja berpasukan  dan kepimpinan. Pada masa  sama, ia mengeratkan hubungan  antara sekolah, ibu bapa serta  komuniti setempat melalui  penglibatan aktif dalam aktiviti  jual beli.

“Bagi ibu bapa yang sedang  mencari platform simpanan  pendidikan terbaik untuk anak anak, Simpan SSPN adalah  pilihan yang bijak. PTPTN akan  terus komited membantu  masyarakat merancang masa  depan pendidikan anak-anak  secara lestari dan berkesan,”  ujarnya.

No Image Caption

Sebanyak 10 buah sekolah  mengambil bahagian dengan  mengendalikan gerai jualan  makanan dan minuman masing masing sekali gus memberi  peluang meneroka aspek praktikal keusahawanan dan  pengurusan kewangan pada  usia muda.

Bagi menceriakan lagi  karnival, tiga kategori  pertandingan turut diadakan  iaitu Gerai Paling Kreatif, Gerai  Paling Banyak Kutipan dan  Gerai Paling Meriah.  Setiap kategori menawarkan  hadiah wang tunai sebanyak  RM500 kepada pemenang. Selain aktiviti keusahawanan  pelajar, pengunjung turut  berpeluang mendapatkan  maklumat berkaitan bayaran  balik pinjaman, pembukaan  akaun dan penambahan deposit  Simpan SSPN serta menyertai  pelbagai aktiviti interaktif di  reruai PTPTN.

Lagi menarik, Simpan SSPN,  menawarkan pelbagai manfaat  termasuk pelepasan taksiran  cukai pendapatan ke atas  simpanan sehingga RM8,000,  perlindungan takaful ke atas  pendeposit, Geran Sepadan  percuma sehingga RM10,000  untuk satu keluarga yang layak,  kadar dividen yang kompetitif,  simpanan dijamin kerajaan dan  patuh syariah.

PTPTN juga menganjurkan  Kempen Cabutan WOW! Simpan  SSPN 2025 yang berlangsung  sepanjang tahun hingga 31  Disember 2025 dengan tawaran  hadiah lebih RM1.5 juta menanti  550 pemenang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!