FMM: Tak perlu mansuh HRDF

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berkata, pemansuhan Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) tidak perlu, sebaliknya langkah tadbir urus yang lebih tegas perlu dibuat untuk memastikan tiada penyalahgunaan dana.

Presiden FMM, Datuk Soh Thian Lai, berkata, susulan kajian dan cadangan Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus (GOC) terhadap HRDF, struktur kawalan dan tadbir urus yang lebih ketat perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah laku melibatkan aset.

“Pembubaran HRDF merupakan satu keputusan yang terburu-buru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, cadangan penambahbaikan struktur dan kawalan tadbir urus yang akan dilaksanakan, akan membolehkan yayasan tersebut memperbaiki kesilapan lepas dan mengembalikan semula organisasi tersebut kepada tujuan penubuhannya iaitu untuk memenuhi keperluan pembangunan modal insan dan latihan industri.

“Ia harus menumpukan kepada usaha meneraju pembangunan modal insan tenaga kerja. Ini bagi memastikan tenaga kerja sedia ada dan pada masa akan datang bersedia berdepan permintaan yang akan dipacu oleh perubahan teknologi dan ekonomi semasa, khususnya perubahan dan cabaran daripada Revolusi Industri Keempat,” kata Thian Lai. - Bernama

Artikel Berkaitan: