AS mansuh vaksinasi Covid-19 pekerja persekutuan, pengembara asing

 Amerika Syarikat mengumumkan pada Isnin bahawa peraturan keperluan vaksinasi Covid-19 untuk pekerja persekutuan dan pengembara asing yang menggunakan perkhidmatan udara bakal dimansuhkan pada 11 Mei.
Amerika Syarikat mengumumkan pada Isnin bahawa peraturan keperluan vaksinasi Covid-19 untuk pekerja persekutuan dan pengembara asing yang menggunakan perkhidmatan udara bakal dimansuhkan pada 11 Mei.
A
A
A

TORONTO - Amerika Syarikat mengumumkan pada Isnin bahawa peraturan keperluan vaksinasi Covid-19 untuk pekerja persekutuan dan pengembara asing yang menggunakan perkhidmatan udara bakal dimansuhkan pada 11 Mei.

"Walaupun vaksinasi kekal penting untuk kesihatan dan keselamatan pekerja... kami kini berada dalam fasa yang langkah-langkah ini tidak lagi diperlukan," menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri turut mengumumkan bahawa langkah itu turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki negara ini melalui pelabuhan darat dan terminal feri. - Bernama-Anadolu