Puluhan 'Mat Motor' cuba larikan diri, hampir langgar kenderaan lain

Puluhan penunggang motosikal dibawa ke Balai Polis Sikamat untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut. Foto Ihsan PDRM
Puluhan penunggang motosikal dibawa ke Balai Polis Sikamat untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Puluhan penunggang motosikal bagai 'cacing kepanasan' sehingga ada yang hampir melanggar pengguna jalan raya lain apabila cuba melarikan diri dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Sikamat di sini pada Selasa.

Hasilnya, sebanyak 118 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dapam operasi yang bermula jam 7 malam hingga 9 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, operasi itu tertumpu di lokasi panas sekitar Sikamat di sini iaitu Taman Akasia, Taman Desa Rhu, Taman Desa Kiara dan Taman Coral Heights.

Puluhan penunggang motosikal dibawa ke Balai Polis Sikamat untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut Foto: ihsan PDRM
Puluhan penunggang motosikal dibawa ke Balai Polis Sikamat untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut Foto: ihsan PDRM

"Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 41 buah motosikal telah diperiksa melibatkan seramai 51 individu termasuk enam remaja bawah umur berusia bawah 15 tahun.

"Daripada pemeriksaan itu, sebanyak 118 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas berkaitan motosikal," katanya pada Rabu.

Menurutnya, empat saman dikeluarkan ke atas remaja yang menunggang motosikal di bawah umur serta lapan saman ke atas pemilik yang membenarkan motosikal digunakan.

Tambahnya, antara kesalahan utama yang direkodkan ialah kes melibatkan aksesori yang tidak mengikut spesifikasi (21)kes, cermin sisi, (16), tiada nombor pendaftaran (13), menunggang tanpa lesen memandu (13), ekzos yang telah diubah suai (11)dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (11).

Artikel Berkaitan:

Puluhan penunggang motosikal dibawa ke Balai Polis Sikamat untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut Foto: ihsan PDRM
Puluhan penunggang motosikal dibawa ke Balai Polis Sikamat untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut Foto: ihsan PDRM

"Kesalahan lain ialah brek tidak berfungsi (9), pemilik membenarkan penunggang bawah umur berubahat (8), insurans tamat tempoh (5), tidak memakai topi keledar (5), menunggang bawah umur(4) dan pengubahsuaian struktur motosikal (2)," katanya.

Tambah beliau, operasi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak polis untuk mengekang aktiviti samseng jalanan serta meningkatkan tahap keselamatan dan kepatuhan pengguna jalan raya terhadap undang-undang.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!