Program Pemulihan Terumbu Karang


Para peserta Program Pemulihan Terumbu Karang anjuran Yayasan Johor Corporation (JCorp) memulakan aktiviti menyelam bagi menanam sebanyak 60 unit terumbu karang di perairan Pulau Aur, di sini. Inisiatif penanaman ini bertujuan memulihara habitat marin serta menyokong kelestarian biodiversiti laut, sekali gus membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem untuk manfaat generasi masa depan.
Program berkenaan merupakan antara komitmen berterusan Yayasan JCorp dalam usaha memelihara ekosistem marin di Johor. Ia turut mendorong penyertaan aktif komuniti setempat dalam pemeliharaan alam sekitar, selain melibatkan pelaksanaan inisiatif eksplorasi rumput laut di kawasan perairan negeri ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
