Kes bunuh, simen abang disambung reman 7 hari lagi

Tempoh tahanan reman suspek bunuh abang sebelum mayat disimen dalam tong di Kampung Padang Hassan di sini pada 8 Mac lepas disambung tujuh hari lagi.
Tempoh tahanan reman suspek bunuh abang sebelum mayat disimen dalam tong di Kampung Padang Hassan di sini pada 8 Mac lepas disambung tujuh hari lagi.
A
A
A

ALOR SETAR - Tempoh tahanan reman suspek kes bunuh lelaki yang dimasukkan ke dalam tong air biru sebelum disimen di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas di sini disambung tujuh hari lagi.

Perintah reman ke atas penjual ayam goreng itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim.

Sebelum ini, suspek yang berusia 25 tahun direman selama seminggu bermula 9 hingga 15 Mac yang dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Alor Setar, Rashidah Azmi untuk membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang dibunuh, disimen dalam tong air

Pada 8 Mac lepas, Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki ditemui di dalam tong air biru yang disimen di tepi rumahnya selepas dipercayai dibunuh oleh adik lelakinya di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas.

Laporan Sinar Harian berkaitan kes itu sebelum ini.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes itu sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, mayat Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, ditemui kira-kira jam 7 pagi selepas polis menahan adik mangsa.

Beliau berkata, suspek dikatakan menetak mangsa menggunakan sebilah parang sebelum memasukkan mayat ke dalam sebuah tong dan kemudian meletakkan simen ke dalamnya pada 6 Mac lepas.

Artikel Berkaitan: