Kereta dipandu warga emas rempuh bangunan

Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian di Jalan Jetty Lama pada Rabu.
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian di Jalan Jetty Lama pada Rabu.
A
A
A

BUTTERWORTH – [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah bangunan yang sedang dalam proses pengubahsuaian di Jalan Jetty Lama di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.03 petang itu, mangsa berusia 77 tahun tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar struktur bangunan terbabit.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Ketika tiba di lokasi pada jam 2.08 petang, didapati seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan menggunakan peralatan khas kebombaan ‘rescue tools’ dan mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan dengan bantuan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut berada di lokasi bagi memastikan keselamatan sistem elektrik di kawasan kejadian. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.04 petang,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!