Suspek ugut ejen pelancongan ditahan

Norhizam
Norhizam
A
A
A

SEPANG – Seorang lelaki warga tempatan telah ditahan berhubung kes ugutan terhadap sepasang suami isteri yang merupakan pengusaha agensi pelancongan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek merupakan kenalan kepada mangsa daripada syarikat agensi pelancongan yang berbeza.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap pengurusan membawa pelancong ke Jepun,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pasangan suami isteri itu mendakwa mereka menerima ugutan pada 22 Julai tahun lalu, dan telah membuat laporan polis selepas pulang ke Malaysia dari Jepun pada 28 Januari lalu.

“Suspek berusia 36 tahun telah ditahan di Sepang pada jam 5 petang hari ini. Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang pada jam 9 pagi esok,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan arahan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh mengelirukan masyarakat berhubung kejadian ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!