Lelaki ugut ejen pelancongan direman empat hari

Laporan Sinar pada Rabu.
Laporan Sinar pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - Seorang lelaki warga tempatan yang disiasat berhubung kes ugutan terhadap suami isteri yang merupakan ejen pelancongan direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, reman terhadap suspek bermula pada Rabu.

"Suspek merupakan kenalan mangsa dari syarikat ejen pelancongan berlainan.

"Kes masih dalam siasatan dan motif kejadian dipercayai berkaitan rasa tidak puas hati berkenaan pengurusan membawa pelancong ke Jepun," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum itu, Norhizam dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, pasangan itu mendakwa diugut pada 22 Julai tahun lalu sebelum laporan polis dibuat selepas mereka pulang ke Malaysia dari Jepun pada 28 Januari lalu.

Suspek berusia 36 tahun itu telah ditahan di sekitar Sepang pada Selasa.

Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!