GREENSTOPIA 3.0 satukan komuniti, lancar produk baharu


GREENSTOPIA® 3.0 turut menyaksikan pelancaran koleksi inovasi terkini GREENS
GREENSTOPIA® 3.0 turut menyaksikan pelancaran koleksi inovasi terkini GREENS
A
A
A

KUALA LUMPUR - GREENS, jenama eksklusif dalam talian terkemuka negara, terus memperkukuh komitmennya dalam memperjuangkan gaya hidup sihat dan lestari menerusi penganjuran acara tahunan unggulannya, GREENSTOPIA® 3.0 yang berlangsung meriah di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.

Acara tersebut menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, pencinta alam sekitar dan peminat kesejahteraan yang hadir bagi menyokong misi GREENS™ iaitu memastikan setiap individu mempunyai akses kepada produk penjagaan kesihatan yang selamat, berkesan dan mampu milik.

Menurut Ketua Pejabat Strategi Pembangunan Perniagaan GREENS, Rashica Lim Yin, penganjuran GREENSTOPIA yang kini memasuki tahun ketiga terus menjulang tema kesejahteraan, kelestarian dan semangat komuniti selaras dengan prinsip jenama bahawa “Sihat Itu Cantik”.

Rashica (empat dari kiri) acara tahunan unggulannya, GREENSTOPIA® 3.0 yang berlangsung meriah di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.
Rashica (empat dari kiri) acara tahunan unggulannya, GREENSTOPIA® 3.0 yang berlangsung meriah di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.

Katanya, penganjuran kali ini turut menjadi lebih bermakna apabila GREENS sekali lagi menerima Anugerah Jenama Super Sihat Asia Pasifik 2025 & 2026, sebagai pengiktirafan terhadap usaha jenama dalam menawarkan penyelesaian kesejahteraan berasaskan alam semula jadi yang terbukti secara klinikal.

“Matlamat utama kami adalah untuk mempromosikan kesihatan yang seiring dengan kelestarian bumi, dan acara seperti ini membantu menghubungkan masyarakat dengan nilai tersebut,” katanya.

Antara pengisian menarik termasuk program kitar semula untuk ganjaran, di mana peserta menukar barangan boleh dikitar semula seperti plastik, aluminium, kertas, sisa elektronik dan pakaian terpakai kepada buah-buahan serta sayur-sayuran segar – satu pendekatan berimpak tinggi dalam mendidik komuniti tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Program “Walk with Nature” atau Jalan-Jalan dengan Alam Semula Jadi pula mengajak peserta menikmati keindahan semula jadi taman sambil memupuk kesedaran fizikal dan mental serta berpeluang memenangi hadiah menarik.

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak dan pengunjung turut teruja di zon permainan nostalgia yang menampilkan permainan tradisional seperti lampu merah-lampu hijau, tic-tac-toe, permainan kad kilas memori, "fruits and veggie jump" dan klasik ting-ting yang membangkitkan semula memori zaman kanak-kanak.

Aktiviti untuk kanak-kanak juga turut disediakan bagi memeriahkan lagi acara.
Aktiviti untuk kanak-kanak juga turut disediakan bagi memeriahkan lagi acara.

Selain itu, GREENSTOPIA 3.0 turut menyaksikan pelancaran koleksi inovasi terkini GREENS iaitu “Botanical Beauty & Wellness Rituals”, satu rangkaian produk penjagaan kulit dan kesejahteraan yang berasaskan tumbuhan serta diinspirasikan daripada penyembuhan alam semula jadi.

Antara produk baharu diperkenalkan termasuk TIGERNEST by GREENS, An Shenz by GREENS, RoSenta Vegan Collagen by GREENS dan Kakadu C+ Mask by GREENS.

Para pelawat juga diberi peluang mencuba rangkaian produk ini dan berbual bersama pakar GREENS bagi memahami lebih lanjut tentang kandungan dan sains di sebalik setiap formulasi.

Setiap produk GREENS dirumus dengan teliti dan disokong oleh kepakaran farmaseutikal selama puluhan tahun daripada Y.S.P. Industries (M) Sdn Bhd, yang menjamin kualiti dan keselamatan bertaraf tinggi.

Sebahagian daripada pelawat yang berkunjung pada acara itu diberikan penerangan oleh petugas.
Sebahagian daripada pelawat yang berkunjung pada acara itu diberikan penerangan oleh petugas.

Ia bebas daripada perisa tiruan, bahan kimia berbahaya dan bahan tambahan sintetik, dengan bahan-bahan yang dipatenkan dan disahkan secara klinikal.

Formulasi GREENS turut mendapat kepercayaan pakar kesihatan di seluruh Malaysia dan dibangunkan oleh ahli farmasi, pakar diet dan pakar pemakanan, memastikan setiap produk membawa manfaat sebenar kepada pengguna.

Kejayaan GREENSTOPIA 3.0 turut didorong kerjasama rakan strategik seperti Ayu Borneo, BMS Organics, UNILOC, Salad Atelier dan Thanam Industries Sdn Bhd, selain sokongan padu komuniti tempatan.

GREENS terus komited memperjuangkan kesejahteraan semula jadi dan kehidupan lestari, dan melalui acara seperti GREENSTOPIA, jenama ini membuktikan bahawa apabila kesejahteraan diri dan alam sekitar dipelihara bersama, masyarakat akan berkembang lebih maju dan seimbang.

Sementara itu, bagi seorang pengunjung, Abdul Rahim Abdul Taha, 26, dari Selayang, penganjuran GREENSTOPIA 3.0 dianggap sangat bermanfaat terutama selepas beliau baru keluar daripada hospital akibat masalah kesihatan melibatkan bahagian pinggang.

ABDUL RAHIM
ABDUL RAHIM

“Bagi saya, program ini sangat bagus. Bukan sahaja aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberi manfaat, malah produk-produk yang diperkenalkan juga menarik dan disertakan dengan penerangan yang jelas,” katanya.

Sementara itu, Puteri Nur Amalina Zaidi, 30, dari Semenyih, yang hadir bersama keluarga turut menyifatkan program itu sebagai platform terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil mengenali produk kesihatan yang jarang ditemui di pasaran terbuka.

PUTERI NUR AMALINA 
PUTERI NUR AMALINA 

“Program macam ni bagus untuk mengeratkan keluarga. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali produk yang tidak dijual di luar. Bila ada promosi dan diskaun, secara tidak langsung ia mendekatkan komuniti dengan syarikat,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan GREENS bukan sekadar menjual produk kesihatan, malah turut menggalakkan gaya hidup sihat seisi keluarga melalui suasana yang mesra dan santai.

 

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!