Sudah langgar lari pula!

Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta melanggar penunggang motosikal di Batu 5 Jalan Kapar pada Sabtu.
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta melanggar penunggang motosikal di Batu 5 Jalan Kapar pada Sabtu.
A
A
A

KLANG – Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Proton Wira yang melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal di Batu 5 Jalan Kapar di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 11.38 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.30 malam apabila sebuah kereta telah menghimpit dan melanggar sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa berusia 22 tahun di lorong kanan jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

S Vijaya Rao berkata, pemandu kereta tersebut kemudiannya telah melarikan diri dari tempat kejadian.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera ringan, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Hisyam di talian 019-6816734 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!