Polis siasat individu sebar maklumat palsu dakwa Sultan Kelantan mangkat

Mohd Yusoff
Mohd Yusoff
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan berhubung satu kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mangkat pada minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan dijalankan oleh Bukit Aman.

“Sebaik kenyataan itu tular di media sosial, kita membuat laporan polis sebelum siasatan dijalankan oleh Bukit Aman.

“Individu yang memuat naik kenyataan itu juga sedang dikesan. Kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Sebelum itu tular di media sosial satu kenyataan yang mendakwa kemangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!