KPT pantau lima rakyat Malaysia di Iran

Zambry
Zambry
A
A
A

JELI - Kementerian Pendididkan Tinggi (KPT) akan memantau lima rakyat Malaysia termasuk empat penuntut yang kini masih berada di Iran atas alasan sudah berkeluarga dan mahu meneruskan pengajian mereka.

Menteri KPT, Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagaimanapun berkata, kerajaan bersedia menguruskan kepulangan mereka jika ada hasrat untuk meninggalkan negara berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya memberi peluang untuk membantu penuntut terbabit melalui kedutaan Malaysia di Teheran.

"Kita mengambil pendekatan sentiasa memantau keberadaan rakyat Malaysia di mana sahaja mereka terutama di negara bergolak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli 2025 pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan hanya lima rakyat Malaysia masih berada di Iran kerana pilihan sendiri membabitkan empat pelajar dan seorang peniaga.

Kesemua mereka menandatangani surat aku janji untuk kekal di Iran walaupun sebelum ini kerajaan menggesa rakyat yang berada di sana meninggalkan negara terbabit berikutan konflik yang semakin meruncing.

Dalam pada itu beliau turut memberitahu, kesemua penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Gerik 9 Jun lalu sudah dibenarkan pulang dari hospital.

Jelas beliau, penuntut terakhir dibenarkan pulang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Hospital, Kuala Terengganu pada 8 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, tiga daripada mereka sudah memulakan pengajian di kampus manakala selebihnya dibenarkan mengikuti kelas secara dalam talian.

Kemalangan bas sewa khas yang berlepas dari Jerteh itu turut mengakibatkan 15 penuntut UPSI maut dan 33 yang lain cedera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!