Van terbabas langgar dua kenderaan, dua parah

Sebuah van dipercayai terbabas sebelum merempuh dua kenderaan lain dalam kemalangan pada Sabtu.
Sebuah van dipercayai terbabas sebelum merempuh dua kenderaan lain dalam kemalangan pada Sabtu.
A
A
A

SERDANG - Dua individu cedera parah selepas sebuah van dipercayai hilang kawalan merempuh dua kenderaan lain dalam kejadian berhampiran Pusat Perdagangan Olive, Seri Kembangan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.13 pagi itu, van berkenaan dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta Toyota Harrier dan lori satu tan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.13 pagi dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

“Kemalangan melibatkan sebuah van Toyota yang terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Harrier serta lori satu tan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, dua mangsa yang berada di dalam lori mengalami kecederaan dan tersepit di tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan parah termasuk patah kaki, manakala seorang wanita juga berusia 40-an mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada petugas perubatan Hospital Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!