Gajah 'naik minyak' penoreh getah cedera parah, anggota Perhilitan ditusuk gading

Seorang penoreh getah hampir putus pergelangan tangan kanan manakala anggota Perhilitan mengalami cedera parah apabila seekor gajah 'naik minyak' di Kampung Laloh, Kuala Krai pada Khamis.
Seorang penoreh getah hampir putus pergelangan tangan kanan manakala anggota Perhilitan mengalami cedera parah apabila seekor gajah 'naik minyak' di Kampung Laloh, Kuala Krai pada Khamis.
A
A
A

KUALA KRAI – Seorang penoreh getah hampir putus pergelangan tangan kanan manakala seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cedera parah selepas diserang seekor gajah yang ‘naik minyak’ di Kampung Laloh, di sini pada Khamis.

Anggota Perhilitan terbabit dipercayai ditusuk dengan gading manakala penoreh getah diserang dari belakang.

Adik mangsa, Siti Fatimah Mat Husin, 60, berkata, dia menyedari kejadian itu pada jam 10 pagi selepas mendapati kakaknya, Zainab, 63, masih belum pulang ke rumah.

"Biasanya kakak sudah pulang pada waktu begini, namun semalam (Khamis) saya dapati rumah kosong.

Nazri (kiri) menunjukkan tompokan darah ibunya di lokasi kejadian.
Nazri (kiri) menunjukkan tompokan darah ibunya di lokasi kejadian.

"Saya memanggil namanya berkali-kali kerana kebun getah hanya terletak 20 meter dari rumah. Tiba-tiba, saya terdengar suara kakak yang sayup-sayup meminta tolong.

"Saya terus ke kebun dan melihat dia terbaring di atas rumput dalam keadaan berlumuran darah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Menurut Siti Fatimah, terkejut melihat keadaan kakaknya, dia segera meminta bantuan suami.

Siti Fatimah menunjukkan kesan serangan gajah di kebun getah yang terletak hanya 20 meter dari rumah.
Siti Fatimah menunjukkan kesan serangan gajah di kebun getah yang terletak hanya 20 meter dari rumah.

"Zainab mengalami kecederaan teruk pada paha, pergelangan tangan kanan hampir putus, dan luka pada tangan kiri.

"Kakak kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra dan telah menjalani pembedahan pada malam tadi.

"Saya dimaklumkan kakak masih tidak sedarkan diri dan berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU)," ujarnya.

Siti Fatimah turut memaklumkan bahawa anggota Perhilitan yang cedera parah telah diserang gajah dengan gading sekitar jam 3 petang, selepas menerima laporan daripada penduduk kampung.

"Pada awalnya, kami dimaklumkan hanya seekor gajah berkeliaran di kampung ini, namun bilangannya bertambah sehingga tiga ekor," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!