Anwar dipercayai bincang isu PRN Sabah ketika pertemuan dengan Ahli Parlimen BN

Pertemuan di Seri Perdana itu juga dipercayai untuk membincangkan isu semasa termasuk sidang Parlimen yang akan datang.
Pertemuan di Seri Perdana itu juga dipercayai untuk membincangkan isu semasa termasuk sidang Parlimen yang akan datang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semasa pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Pertemuan tersebut diadakan di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya pada Jumaat.

Awani juga difahamkan, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada Isnin hadapan sekitar jam 4.30 petang.

Media melaporkan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.

Ia disusuli oleh kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.

Pertemuan itu juga dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas 2025 dijadualkan berlangsung pada 21 Julai ini.

Pengamal media telah 'berkampung' sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu.

Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir kira-kira 9.20 malam.

Artikel Berkaitan:

Kenderaan membawa Anwar meninggalkan kawasan berkenaan pada jam 9.34 malam, diikuti Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, seminit kemudian.

Bagaimanapun, cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi atau maklum balas daripada Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu tidak berhasil. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!