Syed Saddiq 'dedah' rahsia terbesar Tun M

Tun Dr Mahathir sedang menonton video berkaitan kucing ketika menjadi Ahli Parlimen Langkawi beberapa tahun lepas.
Tun Dr Mahathir sedang menonton video berkaitan kucing ketika menjadi Ahli Parlimen Langkawi beberapa tahun lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan ramai apabila mendedahkan ‘rahsia terbesar’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahiran negarawan itu yang ke-100.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Syed Saddiq berkongsi satu momen peribadi ketika berada bersama Tun Dr Mahathir di Parlimen beberapa tahun lalu.

"Sempena Hari Jadi ke-100 Tun @chedetofficial, saya rasa sudah tiba masanya saya dedahkan rahsia terbesar Tun M.

"Rahsia macam mana Tun boleh kekal muda, sihat dan relaks semacam walaupun tengah berperang di Parlimen," katanya.

Syed Saddiq berseloroh bahawa rahsia negarawan tersebut adalah beliau suka melayan video kucing.

"Bukan sekali. Banyak kali. Siap gelak sorang-sorang. While the whole country tengah panas, Tun dengan tenang tengok anak kucing tidak takut air dan lompat-lompat,” ujarnya.

Beliau juga tidak melepaskan peluang berkongsikan gambar menunjukkan Tun Dr Mahathir sedang menonton video kucing ketika masih bergelar Ahli Parlimen Langkawi beberapa tahun lepas.

"Selamat Hari Lahir! Terus kekal muda dan savage selalu. I love you,” tulisnya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!