Anwar doakan kesihatan Tun M sempena ulang tahun ke-100

Anwar doakan kesihatan Tun M sempena ulang tahun ke-100.
Anwar doakan kesihatan Tun M sempena ulang tahun ke-100.
A
A
A

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada Khamis.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut menzahirkan harapan agar Tun Mahathir terus dikurniakan ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam meneruskan kehidupan.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.

“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap mempunyai harapan yang tinggi,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar Tun Mahathir sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Ilahi.

“Semoga ALLAH SWT terus merahmati Tun, insya-ALLAH,” katanya ringkas.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!