Tun M terharu terima ucapan hari lahir ke-100 daripada PM

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa terharu menerima pelbagai ucapan selamat hari lahir dan penghargaan daripada masyarakat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya gembira menerima nota daripada Anwar Ibrahim, PMX yang mengucapkan selamat hari lahir, hari lahir ke-100, terima kasih," kongsi beliau menerusi program audio siar khas sempena ulang tahun ke-100 pada Khamis.

Tun Dr Mahathir turut mengucapkan penghargaan kepada semua yang meraikan hari istimewanya dengan pelbagai cara.

"Saya telah menerima banyak ucapan selamat hari lahir ke-100 saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana menghantar kek, bunga dan surat.

"Ada yang datang mengucapkan selamat hari lahir ke-100 kepada saya. Untuk menjadi 100 tahun agak menakutkan," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berpandangan, usia 100 tahun diraikan beliau merupakan satu pencapaian yang penuh keberkatan walaupun menakutkan.

"Saya bangun pada jam 5 pagi. Hari ini bermula seperti hari biasa. Kita mempunyai podcast seperti ini.

"Kebiasaannya, saya mempunyai peluang untuk berjumpa dengan orang dan banyak orang datang untuk berjumpa dengan saya. Namun, hari ini lebih ramai daripada biasa," ujarnya.

Justeru, Tun Dr Mahathir juga berterima kasih kepada program audio siar berkenaan yang memberikan peluang untuk menjelaskan pelbagai isu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!