Ecuador umum kematian pertama akibat Covid-19

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

BOGOTA - Seorang wanita berusia 70 tahun meninggal dunia semalam di Ecuador, kematian pertama akibat penyakit koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Menteri Kesihatan Awam, Catalina Andramuno mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar di Quito.

Wanita itu didiagnosis pada 29 Februari sebaik pulang dari Sepanyol.

Pada sidang akhbar sama beliau berkata, tiga lagi kes dilaporkan menjadikan keseluruhan seramai 23 orang telah dijangkiti.

Sementara itu, Guatemala turut melaporkan kes Covid-19 yang pertama.

Presiden Guatemala Alejandro Giammattei berkata pesakit berkenaan didapati positif virus itu semasa tiba dari Itali dan terus dikejarkan ke hospital.

Di Colombia, pihak berkuasa kesihatan mengumumkan peningkatan jumlah pesakit dengan tiga kes baharu menjadikan kes bertambah kepada 16 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: