Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan - RPO

Royal Press Office mengesan terdapat akaun video palsu di Facebook yang dihasilkan menggunakan AI memaparkan wajah serta suara Sultan Ibrahim.
Royal Press Office mengesan terdapat akaun video palsu di Facebook yang dihasilkan menggunakan AI memaparkan wajah serta suara Sultan Ibrahim.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan terdapat akaun video palsu di Facebook yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), memaparkan wajah serta suara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Video berkenaan disebarkan melalui Facebook dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh ‘scammer’ untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain.

Royal Press Office juga ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!