Covid-19: Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa ditangguh

Setiap tahun Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa disertai lebih 60 negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim
Setiap tahun Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa disertai lebih 60 negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil keputusan untuk menangguhkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1441H/2020M yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 11 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya berkata, keputusan itu diambil susulan pengumuman kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara yang melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

“Acara yang diurusetiakan Jakim adalah acara tahunan negara sejak 61 tahun yang lalu. Acara ini disertai lebih 60 buah negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim.

“Acara ini akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas berkata, kerajaan memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian hingga 30 April 2020.

Menurutnya, acara keagamaan bagi agama-agama lain yang membabitkan perhimpunan berskala besar juga mestilah mengambil kira nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh semua himpunan hingga 30 April: Muhyiddin

Artikel Berkaitan: