Polis cari Mohd Amiruddin

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki yang dicari dikenali sebagai Mohd Amiruddin Mazlan, 35, dan merupakan saksi penting dalam kes berkenaan.
Menurutnya, alamat terakhir lelaki itu ialah di Desa Permai Indah, Sungai Dua, Gelugor.
“Individu berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut, Inspektor Nur Hasanah Jamil di talian 019-3660848 dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

