Penunggang motosikal maut dirempuh semasa keluar simpang

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kereta semasa keluar dari simpang tiga Dewan Kechil, Labok di Kilometer 35.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Machang pada Selasa. Foto PDRM

A
A
A

MACHANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah kereta semasa keluar dari simpang tiga berhampiran Dewan Kechil, Labok, di Kilometer 35.8 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa keluar dari simpang secara mengejut sebelum dirempuh kereta Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai. Foto:PDRM
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa keluar dari simpang secara mengejut sebelum dirempuh kereta Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai. Foto:PDRM

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa keluar dari simpang secara mengejut sebelum dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

“Pemandu wanita terbabit dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan. Bagaimanapun, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 011-1454020 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di 09-9751222 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!