Kerja pembinaan semula muka sauk LRA Sungai Rasau disambung semula

Izham (kiri) ketika menjawab pertanyaan pada persidangan DUN Selangor Ke-15 di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa.
Izham (kiri) ketika menjawab pertanyaan pada persidangan DUN Selangor Ke-15 di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Komponen muka sauk bagi Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau dijangka akan dimulakan semula pada bulan ini selepas arahan henti kerja (‘stop work order’) susulan kejadian ban runtuh pada September tahun lalu ditarik balik.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, kerja awalan dan mobilisasi kini sedang dijalankan secara berperingkat oleh pihak kontraktor yang dilantik.

"Susulan insiden ban runtuh itu, perunding bebas yang dilantik Air Selangor kini dalam peringkat akhir menyemak reka bentuk kerja-kerja pembaikan semula (‘remedial works’) yang dikemukakan pihak kontraktor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN–Sijangkang) mengenai status Projek Muka Sauk dan keutamaan komponen mitigasi banjir dalam projek tersebut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa.

Menurut Izham, penambahbaikan reka bentuk ban yang terlibat akan menggunakan teknologi ‘celular cofferdam’ (double wall), dengan ruang di antara dinding diisi dengan pasir bagi meningkatkan kekuatan struktur.

"Reka bentuk terkini juga akan mengaplikasikan sistem ‘flat web sheet pile’ yang lebih kukuh, menggunakan teknologi dari Jepun. Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap pada Januari 2026," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!