Tragedi Sungai Korok: Enam sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

Enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa, Jerlun pada malam Isnin.
Enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa, Jerlun pada malam Isnin.
A
A
A

JERLUN - Enam sekeluarga yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di Sungai Korok, Jitra selamat dikebumikan pada jam 11.50 malam pada Isnin.

Jenazah enam sekeluarga tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa di sini.

Terdahulu, lima van yang jenazah yang membawa pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar enam bulan tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 10.15 malam.

Jenazah enam sekeluarga dibawa ke Masjid Al-Taqwa untuk disolatkan sebelum dikebumikan.
Jenazah enam sekeluarga dibawa ke Masjid Al-Taqwa untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Enam jenazah tersebut dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas selesai bedah siasat.

Kira-kira 500 jemaah hadir untuk solat jenazah sebelum mengiringi jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad.

Enam jenazah selamat dikebumikan bersebelahan kubur kembar Tuah iaitu Jebat Haydar yang meninggal dunia pada Februari lalu akibat komplikasi kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Anak sulung, Putri Qisya Nur Izzat menyiram pusara ibu bapa dan empat adiknya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa, Jerlun pada malam Isnin.
Anak sulung, Putri Qisya Nur Izzat menyiram pusara ibu bapa dan empat adiknya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa, Jerlun pada malam Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan enam sekeluarga dikhuatiri hilang selepas pulang dari rumah ahli keluarga mereka dekat Taman Aman, Jitra sejak Sabtu.

Misteri kehilangan itu terjawab apabila bumbung sebuah kereta dilihat terapung di Sungai Korok pada Isnin sekali gus menemui mayat enam beranak itu dalam kereta jenis Proton Iswara terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!