Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran keselamatan

Gunung Lewotobi di Flores Timur meletus kuat dengan abu tebal dan batu kerikil sejauh 18km, memaksa amaran Tahap Empat dan ancaman perpindahan penduduk. Foto AFP
Gunung Lewotobi di Flores Timur meletus kuat dengan abu tebal dan batu kerikil sejauh 18km, memaksa amaran Tahap Empat dan ancaman perpindahan penduduk. Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di daerah Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya apabila abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam penduduk berhampiran.

Letusan pada 11.05 pagi waktu tempatan itu memuntahkan awan mengandungi abu berwarna kelabu hingga hitam dan berintensiti tinggi sehingga 18 kilometer dari puncak gunung dengan serpihan gunung berapi dilaporkan jatuh di kawasan sekitar.

Letusan pada 11.05 pagi waktu tempatan itu memuntahkan awan mengandungi abu berwarna kelabu hingga hitam dan berintensiti tinggi. Foto AFP
Letusan pada 11.05 pagi waktu tempatan itu memuntahkan awan mengandungi abu berwarna kelabu hingga hitam dan berintensiti tinggi. Foto AFP

Pos Pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-Laki mengesahkan letusan masih berterusan dan menasihatkan penduduk di lereng gunung menghentikan semua aktiviti serta bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan bertambah buruk

"Mereka yang terjejas akibat hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka atau menutup hidung dan mulut untuk mengelakkan bahaya pernafasan yang disebabkan oleh abu gunung berapi,” menurut laporan itu.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah menaikkan tahap amaran kepada Tahap Empat - yang tertinggi pada skala - dan menggesa penduduk serta pelancong mengelakkan semua aktiviti dalam radius enam kilometer dari kawah serta hingga tujuh kilometer di sektor barat daya hingga timur laut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!