Cerita di sebalik tabir

Wawancara eksklusif bersama ikon negarawan Dr Mahathir bagi merungkai persepsi dan dakwaan yang mengeruhkan dunia politik negara. -Foto ASRIL ASWANDI
Wawancara eksklusif bersama ikon negarawan Dr Mahathir bagi merungkai persepsi dan dakwaan yang mengeruhkan dunia politik negara. -Foto ASRIL ASWANDI
A
A
A

AWANG teruja sungguh membaca wawancara mantan Tun Perdana Menteri dengan akhbar ini. Banyak sangat cerita dalaman yang keluar. Selama ini banyak betul spekulasi tentang apa yang sebenarnya berlaku tapi wawancara eksklusif itu dedahkan apa yang berlaku di sebalik tabir.

Banyaklah orang yang kata mantan Tun Perdana Menteri buat silap langkah. Ada yang kata sehebat-hebat mantan Tun Perdana Menteri terkena juga macam tupai yang jatuh ke tanah. Ada yang kata dia silap besar letak jawatan Perdana Menteri.

Sekarang kita tahulah apa yang sebenarnya berlaku dalam parti yang diasaskannya. Apabila dia tak dapat sokongan daripada sebahagian besar ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu, apa lagi pilihan yang ada pada beliau?

Tentulah beliau harus meletakkan jawatan secara terhormat. Lagipun macam beliau ceritakan dalam wawancara itu, ada yang tepuk meja tidak menyokong beliau.

Awang kasihan pada mantan Tun Perdana Menteri. Awang rasa bukan itu skrip asal parti Bersatu. Agaknya keadaan menyebabkan ada Raja Mudaliar dan Si Kitul mengambil kesempatan. Ada yang menikam daripada belakang.

Awang juga rasa ini pengajaran penting bagi pemimpin politik. Sedangkan mantan Tun Perdana Menteri boleh terkena. Bukan kecil anak pengalamannya. Siap dengan tendang terajang politik tapi apabila orang terdekat menikam daripada belakang, singa pun akan hilang garangnya.

Artikel Berkaitan: