Warga emas maut terperosok bawah kereta

Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hikmat - Taman Koperasi Jelutong.
Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hikmat - Taman Koperasi Jelutong.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hikmat - Taman Koperasi Jelutong di sini pada pagi Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Teh Geok Lan, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terperosok di bawah kereta jenis Perodua Viva.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.04 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak digerakkan ke lokasi.

"Ketika anggota sampai di lokasi kejadian mendapati terdapat mangsa tersepit di bawah kenderaan tersebut.

"Orang awam bertindak memasang jack bagi mengangkat kereta sebelum ketibaan bomba dan mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

John Sagun berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.07 pagi.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!