3 maut, 1 hilang, 8 cedera akibat tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia

JAKARTA - Tiga orang maut, seorang hilang dan lapan lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh melanda Wilayah Jawa Barat, Indonesia pada petang Sabtu.
Jurucakap Agensi Pengurusan dan Pengurangan Bencana wilayah itu Hadi Rahmat Hardjasasmita memberitahu Xinhua pada Ahad, tanah runtuh itu berpunca daripada hujan lebat dan melanda beberapa kawasan di Daerah Bogor kira-kira jam 6 petang waktu tempatan pada Sabtu, menyebabkan lapan rumah rosak.
Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Mangsa yang hilang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah atau dihanyutkan oleh pergerakan tanah ke sungai berhampiran, kata jurucakap itu lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
