3 kanak-kanak maut, beberapa lagi cedera van sekolah dilanggar kereta api

Siasatan awal polis mendapati pemandu van itu berkeras mahu melintasi palang kereta api walaupun telah diberi amaran. Foto Tamil Nadu
Siasatan awal polis mendapati pemandu van itu berkeras mahu melintasi palang kereta api walaupun telah diberi amaran. Foto Tamil Nadu
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut dan enam lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang melanggar sebuah van sekolah yang cuba melintasi palang berkawal di negeri Tamil Nadu, selatan India, lapor Xinhua memetik pihak polis.

Kemalangan berlaku di Semmankuppam, Daerah Cuddalore, kira-kira 204 kilometer selatan Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.

Menurut pegawai, van sekolah itu remuk teruk dalam nahas berkenaan.

Laporan menyebut seorang lelaki berusia 55 tahun, turut cedera di tempat kejadian selepas terkena kabel elektrik yang putus semasa perlanggaran.

Siasatan awal polis mendapati pemandu van itu berkeras mahu melintasi palang kereta api walaupun telah diberi amaran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!