Kem beregu akhiri Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia dengan bergaya

Gandingan negara bertemu sesama sendiri dalam aksi final beregu campuran Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia di Kangar. - Foto BAM
Gandingan negara bertemu sesama sendiri dalam aksi final beregu campuran Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia di Kangar. - Foto BAM
A
A
A

SKUAD badminton remaja negara menamatkan Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2025 dengan bergaya apabila merangkul dua daripada lima gelaran di Perlis pada Ahad.

Loh Ziheng dan Dania Sofea Zaidi muncul pemain paling berjaya apabila meraih gelaran juara dan naib johan bagi kategori masing-masing.

Dania Sofea yang berpasangan bersama Low Zi Yu mengungguli acara beregu perempuan setelah menewaskan gandingan Thailand, Khanaphon Deearom-Thanaphon Deearom 21-11, 21-19 dalam perlawanan akhir di Dewan 2020, Kangar.

Dania Sofea (kiri) dan Zi Yu mengungguli acara beregu perempuan setelah menewaskan pasangan Thailand dalam aksi final Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia di Perlis pada Ahad. Foto BAM.
Dania Sofea (kiri) dan Zi Yu mengungguli acara beregu perempuan setelah menewaskan pasangan Thailand dalam aksi final Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia di Perlis pada Ahad. Foto BAM.

Kejayaan tersebut menebus kekecewaan Dania Sofea setelah kalah dalam acara beregu campuran bersama Datu Anif Isaac Datu Asrah.

Mereka tumpas di tangan rakan senegara, Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan dalam saingan tiga set 20-22, 21-15, 21-12 selama 54 minit.

Usaha Ziheng untuk meraih gelaran kedua bagaimanapun tidak kesampaian.

Ziheng yang bergandingan dengan Tan Zhi Yang kalah bermaruah dalam aksi final beregu lelaki kepada pasangan Indonesia, Alexius Ongkytama Subagio-Aquino Evano Keneddy Tangka 18-21, 21-19, 22-20.

Artikel Berkaitan:

Menerusi keputusan tersebut menyaksikan pasangan juara meraih hadiah wang tunai AS$720 (RM3,040), manakala naib juara memperoleh AS$480 (RM2,025).

Bagaimanapun dalam aksi final perseorangan lelaki tiada kelibat pemain negara.

Kategori tersebut menyaksikan Lam Ka To dari Hong Kong mengalahkan Radithya Bayu Wardhana dari Indonesia. 21-8, 21-9.

Begitu juga bagi acara perseorangan perempuan yang diungguli Tonrug Saeheng dari Thailand yang menewaskan pemain Hong Kong, Ip Sum Yau 21-18, 15-21, 21-17.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!