Hudson-Odoi, Arteta positif Covid-19, EPL ditangguh sehingga 3 April

Arteta dan Hudson-Odoi dilaporkan positif Covid-19.
Arteta dan Hudson-Odoi dilaporkan positif Covid-19.
A
A
A

PARA pemain dan barisan kejurulatihan Chelsea mula dikuarantin selepas penyerang muda skuad The Blues, Callum Hudson-Odoi didapati sah positif wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea, Hudson-Odoi, 19, mempunyai simptom sama seperti demam selesema pada Isnin lalu dan tidak turun berlatih sebagai langkah berwaspada.

“Ujian lanjut hari ini (semalam) mendapati Callum positif koronavirus dan akan menjalani proses kuarantin. Namun, dia masih seperti biasa dan cukup teruja kembali berlatih secepat mungkin apabila pulih nanti,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta turut dilaporkan positif wabak tersebut. Situasi yang menimpa Arteta itu juga menyaksikan pertembungan antara Arsenal dan Brighton and Hove Albion di Stadium The Amex minggu ini terpaksa ditangguhkan.

Kelmarin, Arsenal mengumumkan bahawa Arteta dijangkiti wabak tersebut, hanya sejam selepas pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan semua perlawanan minggu ini berlangsung seperti biasa.

Bagaimanapun selepas berdepan tekanan pelbagai pihak, pengendali EPL akhirnya membuat keputusan untuk menangguhkan saingan EPL sehingga 3 April depan.

Artikel Berkaitan: