Harimau kumbang jantan seberat 43kg masuk perangkap dalam kebun durian

Kakitangan Perhilitan dalamproses menyelamat harimau kumbang yang masuk perangkap pada Sabtu.
Kakitangan Perhilitan dalamproses menyelamat harimau kumbang yang masuk perangkap pada Sabtu.
A
A
A

JELEBU – Seekor harimau kumbang jantan dianggarkan seberat 43 kilogram berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang di sebuah kebun durian di Kampung Baru Pertang, di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pemilik kebun berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurutnya, perangkap berkenaan telah dipasang sejak 1 Julai lalu susulan aduan berkenaan kehadiran haiwan liar tersebut di kawasan kebun terbabit.

“Pasukan dari Unit Kawalan Hidupan Liar (UKHM) Perhilitan Negeri Sembilan tiba di lokasi pada jam 10.30 pagi dan mendapati seekor harimau kumbang jantan telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang.

Harimau kumbang yang berjaya ditangkap akan dibawa ke NWRC bagi mendapatkan rawatan lanjut
Harimau kumbang yang berjaya ditangkap akan dibawa ke NWRC bagi mendapatkan rawatan lanjut

“Pemeriksaan lanjut mendapati haiwan tersebut mengalami kecederaan di bahagian ekor dan terdapat kesan darah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada seekor harimau kumbang di kawasan itu.

“Disyaki terdapat harimau kumbang lain di lokasi aduan dan perangkap akan dipasang semula dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

“Sementara itu, harimau kumbang yang berjaya ditangkap akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!