Warga Pakistan direman cabul anak tiri 10 tahun

Warga Paksitan berusia 39 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di Jasin, pada Jumaat selepas disyaki mencabul anak tiri perempuan.
Warga Paksitan berusia 39 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di Jasin, pada Jumaat selepas disyaki mencabul anak tiri perempuan.
A
A
A

JASIN - Seorang tukang potong rumput warga Pakistan direman lima hari bermula Jumaat selepas disyaki mencabul anak tiri perempuan berusia 10 tahun.

Perintah reman terhadap warga Pakistan berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin.

Sumber berkata, nasib malang yang menimpa anak bongsu daripada enam beradik itu terbongkar selepas perkara itu dimaklumkan mangsa kepada gurunya Rabu lalu.

Menurutnya, guru sekolah terbabit kemudiannya menghubungi ibu mangsa berusia 54 tahun dan memberitahu anaknya menceritakan dia telah dirogol serta dicabul lelaki itu pada Februari lalu.

"Ketika kejadian mangsa mendakwa dia sedang menonton televisyen di ruang tamu dan dipanggil suspek.

"Suspek menyuruh mangsa membuka seluar lalu membaringkan di atas katil dan merogol serta memegang kemaluan kanak-kanak itu," katanya.

Tambahnya, mangsa juga memberitahu kepada ibunya bahawa sebelum ini bapa tirinya sering menyentuh kemaluannya dan bahagian lain.

"Wanita yang bekerja sebagai guru tadika kemudian membuat laporan polis dan suspek ditahan pada petang Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) AKSTK) 2017.

"Kanak-kanak itu juga dibawa ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan namun mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!