Semai nilai al-Quran melalui gotong-royong

Peserta gotong-royong yang terlibat terdiri dalam kalangan anggota MPLD TLDM, ahli Rumah Ngaji Teluk Muroh dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung serta Ahli Majlis Zon 4.
Peserta gotong-royong yang terlibat terdiri dalam kalangan anggota MPLD TLDM, ahli Rumah Ngaji Teluk Muroh dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung serta Ahli Majlis Zon 4.
A
A
A

LUMUT - Pendekatan menyemai nilai al-Quran melalui kerja amal dizahirkan dalam Program Jiwa Murni dan One Hour Malaysian Clean Up anjuran Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin (MPLD) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Rumah Ngaji Teluk Muroh serta beberapa agensi kerajaan dan komuniti setempat di Jalan Belakang Masjid, Teluk Muroh di sini pada Khamis.

Program kemasyarakatan itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada kerja-kerja baik pulih kediaman asnaf, malah turut membawa mesej kepentingan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

Penggerak Rumah Ngaji Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, program gotong-royong yang dijalankan mencerminkan matlamat Rumah Ngaji untuk mengangkat isi kandungan al-Quran agar dapat diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Kami bukan sekadar membaca, tetapi berusaha mempraktikkan ajaran al-Quran dalam bentuk khidmat kepada masyarakat.

"Al-Quran menyeru kita membantu mereka yang dalam kesusahan, dan inilah yang cuba kita hayati hari ini,” katanya.

Maziah yang juga Pengerusi Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) Teluk Muroh turut mengambil peluang menyampaikan mesej kesedaran kesihatan berkaitan pencegahan denggi, sejajar fokus COMBI dalam memerangi wabak itu menerusi penjagaan kebersihan persekitaran.

Program berimpak tinggi itu berjaya menyemai semangat gotong-royong, memupuk kesedaran sivik dan menyatukan pelbagai pihak atas dasar tanggungjawab sosial serta ajaran agama yang murni.

Hadir sama, Ketua Pegawai Staf Operasi Latihan MPLD, Komander Ahmad Saiful Fadly Jaharuddin dan Pegawai Koordinasi, Leftenan Dya Ainaa Najihah Abdul Ghani PSSTLDM.

Sementara itu, Ahmad Saiful Fadly berkata, program itu menjadi platform anggota TLDM mendekati masyarakat secara lebih holistik sambil memperkukuh nilai empati, kesukarelawanan dan kemanusiaan.

Artikel Berkaitan:

"Kami bukan sekadar datang membantu, tetapi juga mahu menyelami keperluan rakyat, memperkukuh hubungan tentera dan masyarakat.

"Ia juga sebagai menzahirkan sabda Nabi SAW iaitu sebaik-baik manusia ialah yang paling memberi manfaat kepada manusia lain,” katanya.

Antara pengisian utama termasuk pembersihan kawasan perumahan, pemotongan pokok, kerja mengecat, penggantian bumbung rosak serta penyampaian sumbangan beras kepada golongan memerlukan.

Inisiatif tersebut turut melibatkan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung serta Ahli Majlis Zon 4.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!