Anggota tentera hilang ketika latihan menyelam ditemui lemas

Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas pada Sabtu.
Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di kawasan Pelabuhan Kuantan 2 di sini Khamis lalu ditemui lemas pada Sabtu.

Mayat mangsa berusia 30 tahun itu ditemukan pasukan penyelam kira-kira jam 10 pagi di kawasan tebing berbatu 300 meter dari lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian bersama peralatan menyelam.

Menurutnya, mangsa merupakan salah seorang daripada empat anggota penyelam yang menjalani latihan bersama pasukan khas.

"Kehilangan mangsa disedari kira-kira jam 12.15 tengah hari apabila hanya tiga penyelam timbul ke permukaan selepas sesi latihan.

Mayat mangsa berusia 30 tahun itu ditemui pasukan penyelam kira-kira jam 10 pagi di kawasan tebing berbatu 300 meter dari lokasi kejadian.
Mayat mangsa berusia 30 tahun itu ditemui pasukan penyelam kira-kira jam 10 pagi di kawasan tebing berbatu 300 meter dari lokasi kejadian.

"Laporan polis berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Gebeng jam 3.19 petang pada hari kejadian sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan di permukaan dengan kerjasama Pasukan Gerak Khas (GGK)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Adli berkata,operasi SAR sepanjang tiga hari melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),21 Gerup Gerak Khas (GGK),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Mangsa merupakan anggota aktif Tentera Darat Malaysia sejak 2018," katanya.

Sementara itu katanya, pihak polis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi sehingga mangsa ditemui.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!